Pertabalan Sultan Perak

Pertabalan Sultan Perak

Thursday 1 August 2013

PSS SKBBP

  Pusat Sumber Sekolah SK Bandar Baru Putera telah beroperasi sejak tahun 2001 diketuai oleh Pn. Normah Ramli ketika itu. Bermula dengan sejumlah buku yang kecil, pusat sumber sekolah beroperasi dengan baik dan seterusnya disambung oleh Pn. Faridah Hanim pada tahun 2006 kerana ketika itu Pn. Normah Ramli telah melanjutkan pelajaran ke IAB / UPSI untuk program Sarjana Muda Pendidikan Pengurusan Pendidikan selama 3 tahun. 
 
  Ketika ini,  dianggarkan sejumlah 10000 buku terdapat didalam Pusat Sumber SK Bandar Baru Putera. Terdapat pelbagai jenis buku yang sesuai untuk guru - guru dan juga murid - murid SKBBP. Guru guru dan murid boleh membuat pinjaman ketika waktu rehat mahupun di hujung persekolahan. 
 
  Pn. Faridah Hanim telah bertindak dengan amat jayanya selaku Guru media yang dilantik. Perkembangan Pusat Sumber sekolah berlaku dengan amat pantas. Namun demikian, Pn. Faridah Hanim telah berpindah ke Kuala Kangsar dan tempat beliau telah digantikan oleh Pn. Hasmawati pada tahun 2014. Diharap dengan Guru Media yang baru, dapat memperkembangkan lagi kejayaan Pusat Sumber SK Bandar Baru Putera. 


  Koleksi buku yang terdapat di perpustakaan ini sehingga November 2012 ialah sebanyak 10ribu buah. Koleksi - koleksi lain termasuklah :

* CDRI
* akhbar
* Jurnal
* Risalah
* Majalah
* hasil kerja murid

  Perpustakaan ini juga dilengkapi dengan sistem automasi iaitu "Sistem Ilmu". Sistem ini memberi kemudahan urusan pusat sumber dari segi pencarian maklumat dan mengemaskini bahan.

  Kemudahan kerusi meja bacaan, sofa, televisyen dan alat penghawa dingin turut disediakan. Keadaan PSS yang bersih dan ceria memberi kemudahan serta keselesaan kepada pengguna.

No comments:

Post a Comment