Pertabalan Sultan Perak

Pertabalan Sultan Perak

Thursday 1 August 2013

Sejarah penubuhan sekolah




Status : Gred B
Kod : ABA 2059
Kelompok : 3

         Sekolah ini ditempatkan didalam kawasan perumahan Bandar Baru Putera, Bercham. Jarak sekolah dari PPD Kinta ialah 15 km yang memakan masa lebih kurang 30 minit perjalanan dengan kereta. Pekan terhampir ialah Bercham dan Tanjung Rambutan.

       SK Bandar Baru Putera adalah berstatus luar bandar dan dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merealisasikan hasrat kementerian untuk mewujudkan sekolah 1 sessi di negara ini. Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 2002 dan En. Nor Din Bin Mohamed Salleh telah dilantik sebagai pengurus sekolah ini. Kebanyakkan pelajar sekolah ini adalah dari sekitar taman perumahan Bandar Baru Putera, Bercham.

Sekolah - sekolah yang berhampiran :
1. SK Tanjung Rambutan
2. SK Methodist, Tanjung Rambutan
3. SJKT, Tanjung Rambutan
4. SJKC Yuk Choi, Tanjung Rambutan
5. SK Perpaduan Ulu Kinta
6. SK Tasik Dermawan, Bercham
Pada tahun 2010, SKBBP mempunyai jiran baru iaitu SMK Bandar Baru Putera. 

No comments:

Post a Comment